Sebagai makluman, pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan Program Khas Murid Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia di 51 buah sekolah rendah dan 16 buah sekolah menengah di seluruh negara. Menurut Spafford and Grosser (1996), 5% daripada populasi sesebuah negara menghadapi masalah disleksia. Ini bermakna lebih kurang 270,846 daripada 5,416,924 (Data BPPDP, Januari 2010) dan 71 buah sekolah ini tidak dapat menampung keperluan kepada bilangan tersebut.
Sehubungan dengan itu, KPM akan memperluaskan program tersebut sehingga mencapai 100 buah sekolah bagi murid bermasalah pembelajaran disleksia tegar. Cadangan ini telah dimasukkan ke dalam cadangan projek pembangunan RMKe-10. KPM juga merancang untuk mempertingkatkan pendidikan inklusif bagi murid berkeperluan khas seperti yang terdapat dalam Hala Tuju Pendidikan Bagi Murid Berkeperluan Khas di Malaysia. Pendekatan ini amat sesuai untuk murid bermasalah pembelajaran spesifik disleksia. Antara persediaan awal ke arah pendidikan inklusif, guru-guru di aliran perdana akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan disleksia agar mereka dapat mengenalpasti keperluan murid-murid disleksia di kelas-kelas biasa.
Corporate Communication Unit
Ministry of Education Malaysia
0 Comments