Ad Code

Responsive Advertisement

Intervensi Awal vs Tunggu dan Lihat



Sebaik sahaja anda menyedari bahawa anak anda menghadapi kesukaran dalam pembelajaran atau perasan bahawa mereka ketinggalan daripada rakan sebaya, dapatkan bantuan profesional dan tangani masalah ini secepat mungkin. Pada pendapat profesional saya, intervensi awal adalah lebih baik daripada menunggu untuk melihat sama ada kanak-kanak itu akan mengatasi masalah pembelajaran dengan sendiri. Walaupun i a sangat menyenangkan untuk mendengar para guru dan ahli keluarga memberitahu anda supaya jangan risau kerana mereka telah melihat ramai orang lain sebelum ini yang mengalami masalah yang sama, dan bagaimana mereka secara ajaib mengatasinya, ini adalan satu persepsi yang amat bahaya.


Saya tidak boleh menekankan faedah intervensi awal. Ia adalah, dalam contoh pertama, cara yang paling kos efektif dalam jangka masa panjang. Dengan intervensi awal, anak anda akan bersedia ke sekolah tepat pada masanya. Kemungkinannya, jika kanak-kanak itu telah melakukan intervensi awal yang padu, maka, mereka tidak akan menghadapi kesukaran dalam beberapa tahun pertama di sekolah rendah. Selepas itu, apa sahaja keperluan pendidikan khas yang mereka ada, akan menjadi minimum dan memerlukan sesi yang kurang intensif. Mereka tidak akan ketinggallan belakang kawan umur sebayanya jika intervensi awal sudah dilakukan.

Kedua, harga diri kanak-kanak terpelihara kerana mereka dapat melihat diri mereka sama dengan rakan sebaya dan rakan sebaya menerima mereka sebagai sama. Selain itu, anda juga tidak perlu berasa sakit hati kerana pihak sekolah memberitahu anda bahawa anak anda telah ketinggalan jauh sehingga mereka tidak lagi dapat memenuhi keperluan pembelajaran anak anda. Ini adalah manfaat intervensi awal yang boleh mengurangkan atau terus memperbaiki apa-apa kekuranga yang ada semasa pendidikan awal.


Kemahiran pembelajaran awal sangat penting kerana ia menetapkan asas untuk semua pembelajaran masa depan. Pendidikan asas yang kukuh amat diperlukan. Jika tiada intervensi, ini akan menyebabkan masalah jangka panjang dan akhirnya kegagalan akademik.


Keplastikan otak kanak-kanak tidak dapat dipadankan pada mana-mana peringkat perkembangan lain. Jadi, apa yang kita boleh betulkan melalui intervensi awal adalah menakjubkan antara umur 2.5- 7 tahun! Jika kanak-kanak tidak bercakap pada usia 9 tahun, adalah patut untuk anda mengandaikan bahawa kanak-kanak itu tidak akan belajar bercakap selepas itu. Bahasa dan pertuturan spontan mesti dikembangkan dan dilatih sebelum harijadi ke-9.


Sekali lagi, memilih profesional yang terlatih dengan betul untuk menjalankan intervensi awal juga penting untuk kejayaan program. Seperti yang saya katakan, seseorang yang mempunyai ijazah dalam psikologi BUKAN seorang guru dan dia juga tidak dilatih untuk menjalankan intervensi awal! Jadi berhati-hatilah bila memilih cikgu atau therapis. Seseorang yang mempunyai latihan setahun tidak boleh dilatih sebagai guru pendidikan khas juga. Latihan guru mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun pada hari ini!

Post a Comment

0 Comments

Close Menu